KUALA LUMPUR: Pelakon kacukan Melayu-Arab, Mathni Razak, 32, bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua apabila isteri, Azrin Zulkepli kini hamil tujuh bulan.
Berita gembira itu dikongsi pelakon drama Nur itu menerusi laman Instagram (IG), kelmarin.
Mathni berkata, isterinya dijangka melahirkan cahaya mata perempuan pada Mei depan.
“Saya akui, ini adalah anak yang dihasilkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).DISYORKAN UNTUK ANDA
- Yana mahu aktif semula
- Status kahwin tak halang popular
- Yana tahan ‘rindu’ berlakon demi anak
- Yana berjinak-jinak sebagai penceramah
“Ketika melakukan proses imbasan sebanyak dua kali memang nampak jantina perempuan. Alhamdulillah, cukup sepasang cahaya mata kami.
“Anak sulung, Abd Mateen Arjuna sudah berusia lima tahun. Sudah masanya Abd Mateen mempunyai adik untuk menemaninya,” katanya kepada BH
Pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Jin Notti pada 2009 itu berkata, dia dan isteri mulanya merancang untuk menambah zuriat selepas anak pertama masuk sekolah.
“Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang, Allah juga menentukan. Ada hikmah juga duduk di rumah, Allah beri rezeki anak kedua lebih awal.
“Saya dan isteri menerimanya dengan hati yang terbuka. Semoga anak PKP ini akan terus mengikat kasih sayang antara kami sekeluarga dan dikurniakan rezeki melimpah-ruah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pengusaha perniagaan keropok lekor itu juga terus dilimpahi rezeki dengan tawaran berlakon.
“Saya percaya rezeki anak. Saya baru sahaja menyelesaikan penggambaran drama Madam E Wallet untuk TV3. Ini bersambung pula penggambaran drama Dear Cinta arahan Kyoll Hamzah,” katanya.
Mathni dan Azrin mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.
Kredit: Berita Harian