KUALA LUMPUR: Nuansa perubahan cukup dirasakan apabila musim baharu segmen Jam Hot bersama ‘pemain’ pilihan terkini stesen radio itu, pelakon dan pelawak, Fad, diperkenalkan sejak Isnin lalu.
Penyertaan Fad sebagai ‘jentera’ hadapan yang menerajui segmen itu bersama Deen dan Haziq, pada setiap Isnin hingga Jumaat, mulai jam 4 petang hingga 8 malam pasti mengujakan pendengar.
Fad atau nama penuh, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 30, mula aktif dalam dunia hiburan sejak 2013.
Bakat Fad dicungkil melalui program realiti terbitan TV3, Bintang Mencari Bintang musim pertama.DISYORKAN UNTUK ANDA
- Fizie, Mark gamatkan segmen pagi
- Hot FM jadi Cool FM?
- Riena kini penyampai radio Hot FM
- Media Prima lancar stesen radio baharu Koolfm
Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali, berkata keserasian yang ditunjukkan Fad ketika menjadi penyampai jemputan bersama Deen dan Haziq menjadi faktor utama dipilih menyertai stesen radio berkenaan.
“Fad ada kebolehan untuk menyampaikan sesuatu topik atau cerita dengan baik. Dia seorang ‘storyteller’ yang sangat bagus.
“Tambahan pula, Deen, Haziq dan Fad berkongsi banyak persamaan. Mereka meminati sukan bola sepak dan berstatus ‘ayah muda’.
“Jadi, apabila digandingkan, kita boleh melihat keserasian timbul dan perbualan di udara menjadi mudah bagi mereka dan pendengar.
“Ini memberi impak yang positif kepada pengisian dan penerimaan pendengar terhadap segmen Jam Hot,” katanya kepada BH Online.

Ainul Farhana berkata, selama dua tahun, segmen Jam Hot dikendalikan dua penyampai.
“Jadi, pemilihan Fad adalah langkah baharu bagi memantapkan lagi barisan penyampai kami.
“Selain di udara, keserasian dan persamaan antara mereka dalam menyediakan pengisian menerusi platform digital juga menjadi faktor besar mengapa kami mengambil langkah ini.
“Pemilihan Fad diharap dapat melengkapi Jam Hot sekali gus menaikkan jumlah pendengar untuk slot petang di Hot FM,” katanya.

Minggu lalu, Hot FM mengumumkan trio Geng Pagi Hot iaitu Mark Adam, Fizie dan Riena Diana.
Mereka bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi. Zetty pula terus mengelola segmen Mega Hot dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Secara alternatif, para pendengar boleh mendengar Hot FM secara penstriman di www.hotfm.com.my dan Youtube Hot TV.
Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976.
Hot FM juga boleh didengar melalui aplikasi Hot FM yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.
Kredit: Berita Harian