Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial, Cik Epal terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit selepas percutian ke Harbin, China yang dirancang bersama anak-anaknya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Cik Epal atau Nor Munirah Mahmud, 28, berkata wang dibelanjakannya itu ‘hangus’ disebabkan dia tidak dapat mengambil dan bersama anak-anaknya pada tarikh percutian terbabit.

“Saya terpaksa batalkan percutian, kira ‘burn’lah semua wang yang saya sudah keluarkan untuk percutian itu. Kalau tak memang saya nak bawa anak-anak pergi bercuti.

“Tetapi disebabkan saya tidak dapat anak-anak saya, tak boleh nak teruskan perancangan saya. Saya habiskan puluh ribu juga untuk percutian ini.

“Kalau boleh saya nak bercuti dengan anak-anak, jadi saya tidak akan teruskan percutian ini,” katanya ditemui pada acara OHBulan! Paling Viral Online di Balai Berita Bangsar, di sini, semalam.

Cik Epal bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebab kenapa dia tidak dapat bersama anak-anaknya. Dia memilih menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak mahkamah.

“Sebenarnya saya tidak dapat anak-anak saya. Saya tak nak panjangkan isu ini. Saya sekarang dah malas nak ulas isu ini di media sosial, saya nak ‘bising’ di mahkamah saja.

“Apa-apa hal biar mahkamah yang uruskan. Saya dah bawa perkara ini ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, pempengaruh Ashhry Atan atau Mohamad Asri Atan memuat naik sebuah hantaran di Threads miliknya meluahkan rasa kecewa kerana perancangannya untuk bercuti di Harbin, China bersama Cik Epal tidak kesampaian.

Susulan itu, rata-rata netizen membuat spekulasi perancangan percutian itu tidak dapat diteruskan berikutan anak-anak Cik Epal iaitu Han dan Yuki tidak diserahkan oleh bekas suaminya, Jofliam.

Untuk rekod, Cik Epal pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Jofliam pada 1 Jun 2014, namun bercerai pada Oktober tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Han dan Yuki.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *