Ridzuan Abdul Rahman

mohamadridzuan@hmetro.com.my

#JaCieEffects adalah singkatan nama pelakon, Jazmy Juma dan Tracie Sinidol kini hangat diperbualkan di alam maya.

Gandingan mereka bukan saja mencuri tumpuan peminat di Malaysia, malah turut meraih perhatian ramai di Indonesia dengan ‘chemistry’ atau keserasian mereka yang benar-benar mencairkan dalam drama Hilang Dalam Rindu.

Drama yang 100 peratus diadaptasi daripada novel ini cukup istimewa kerana setia pada jalan cerita asal tanpa babak ‘cringe’ yang meleret.

Ia hasil kebijaksanaan pengarahnya, Along Kamaluddin yang mahu memastikan setiap episod membawa penonton hanyut dalam kisah cinta yang tulus dan menyentuh hati.

Bukan itu sahaja, sebanyak 31,500 naskah novel habis terjual dalam masa singkat, menandakan sambutan hangat yang diterima.

Malah, lebih daripada itu, ada penonton yang sebelum ini jarang mengikuti drama Melayu, sanggup berjaga hingga jam 5 pagi untuk maraton episod tanpa henti.

TV3 dalam satu kenyataan berkata, walaupun masih hijau dalam industri lakonan, Tracie dan Jazmy mempamerkan keserasian luar biasa.

HILANG DALAM RINDU disiarkan menerusi slot Samarinda.
HILANG DALAM RINDU disiarkan menerusi slot Samarinda.

“Babak romantik mereka yang sederhana cukup membuat peminat cair, seolah-olah menyaksikan kisah cinta sebenar yang terjalin di antara mereka.

“Tracie turut menerima pujian atas lakonannya yang sopan serta menjaga batas pergaulan dengan baik.

“Dia juga berjaya membawa watak Dira dengan sisi gelap dan kompleks, menambah kedalaman karakter dan membuktikan bakat lakonannya yang serba boleh,” katanya.

Peminat pula memberikan pelbagai reaksi termasuk yang mencuit hati.

Berikut antara reaksi peminat yang mencuit hati,

“Cerita ni memang ikut novel sepenuhnya. Skrip pun sangat tepat Love it!”

“Sorry sinetron Indonesia, kita nonton ini dulu. Ramai juga orang Indonesia yang ‘follow’.”

“Sumpah best gila! Tapi sayangnya novel belum sempat beli lagi.”

“‘Chemistry’ Tracie dan Jazmy memang padu.”

Hilang Dalam Rindu kini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal menerusi Tonton http://www.tonton.com.my .

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *