Pelawak dan pelakon terkenal, Along Cham mencabar isterinya iaitu Afreena Suhaimi untuk melakukan ujian air kencing terhadap dirinya bagi membuktikan dia tidak berada di bawah pengaruh bahan terlarang.

Memetik laporan Kosmo! Online, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata sedemikian selepas isterinya memuat naik kenyataan berbaur tuduhan dengan menggelarnya penagih dadah dalam sebuah hantaran di Instagram Story.

afreena suhaimi dakwa along cham penagih dadah
Paling tak seronok, dia tuduh saya ambil bahan terlarang masuk dalam mahkamah dan cakap saya dalam keadaan berkhayal.
 

Boleh kalau nak cakap macam tu, ambil air kencing saya sekarang depan dia. Kalau benda tu negatif, saya kencing kat muka dia.
Katanya lagi, tuduhan tersebut bukan sahaja tidak berasas malah memberi kesan yang buruk terhadap reputasinya dan keluarga.
Saya belum lagi dituduh, belum ditentukan barang itu saya punya dan belum tentu air kencing milik saya, macam mana boleh tulis saya penagih.
 
Benda ini bagi kesan kepada saya, ibu dan anak yang sedang membesar serta klien-klien saya.

Dalam pada itu, pelawak itu turut berharap agar isterinya dapat memberi kerjasama yang penuh agar kes mereka dapat diselesaikan dengan segera.

Kita nak dia (Afreena) setuju dengan perkara yang dia langgar.

Kalau tak, memang akan jadi panjang.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik Along dan Afreena.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *