Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya tampil bersuara selepas namanya disalah guna dalam beberapa iklan palsu yang mendakwa dia menawarkan perkhidmatan pinjaman wang berlesen di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Siti turut berkongsi tangkap layar video daripada seorang pengguna TikTok yang bukan saja menyebarkan iklan tersebut, malah mengaku kononnya pinjaman itu sah dan dipercayai.

nama siti nurhaliza disalah guna

Enggan mendiamkan diri, Siti menegaskan bahawa servis ‘pinjaman wang berlesen’ itu adalah scammer dan penipu.

Saya nampak ni di TikTok. Ini scammer dan bohong.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut meminta agar orang ramai membuat laporan terhadap akaun tersebut dan sentiasa berhati-hati agar tidak terpedaya dengan akaun berkenaan.

Jika sesiapa nampak posting macam ni, tolong report dan alert di komen supaya tidak ada yang terpedaya. Dunia sekarang ni macam-macam.


Berdasarkan tinjauan di akaun TikTok berkenaan, pemilik akaun itu mengatakan bahawa pinjaman wang berlesen ini mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

nama siti nurhaliza disalah guna

Sebelum ini, nama dan wajah penyanyi itu dan suaminya iaitu Datuk Seri Khalid telah digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam iklan perniagaan, pelaburan tanpa kebenaran.

Malah, para peniaga turut menggunakan wajah mereka dalam iklan testimoni produk palsu.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *