Rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz kini dilihat kembali tenang dan harmoni tanpa kehadiran orang ketiga.
Nilam turut berkongsi beberapa video mesra bersama suami di TikTok miliknya, yang berjaya mencuri perhatian netizen.
Alhamdulillah, dia seorang suami yang sangat baik. Dari hanya satu kesilapan dia, dia masih mempunyai seribu kebaikan yang harus akak raikan.Doakan ya, InsyaAllah.
Terdahulu, Nilam pernah mendedahkan bahawa Azlan berhasrat untuk berkahwin lagi dan dia juga telah bertemu dengan wanita yang bakal menjadi madunya.
Malah, Nilam difahamkan pernah memfailkan permohonan fasakh, namun Azlan enggan melepaskan isterinya itu.
Kisah rumah tangga mereka kembali menjadi perhatian apabila seorang wanita berpurdah yang dikatakan bakal madunya memuat naik gambar bersama Azlan.
Spekulasi mula timbul apabila netizen mendakwa wanita tersebut sebenarnya adalah Nilam, namun dia tampil menafikan dakwaan itu.