Kuala Lumpur: Penyanyi, Mark Adam mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan perasaan di Instagram mengenai perniagaan makanan ‘satay bhalut’ yang dijalankan bersama isterinya, Norazah Redzuan.-ADVERTISEMENT-

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 45, berkata, dia terkejut apabila netizen mendakwa harga jualan sate itu di sebuah festival di Shah Alam, Selangor baru-baru ini agak mahal dan ada yang melabelkannya sebagai ‘harga Yahudi’ (terlalu mahal).

“Saya sedang belajar, saya nak awak tahu situasi saya macam mana. Bekalan bahan mentah juga adalah berkualiti tinggi yang diambil daripada sebuah syarikat pembekal ternama menggunakan daging premium yang dibekalkan ke hotel lima bintang dan restoran mewah.

“Sate jualan saya bukan yang biasa, sebelum dibalut dengan popia, sate itu 30 gram. Ikut harga pasaran pilih yang termahal, 500 gram (RM30) dan satu cucuk RM7.50 sebelum kilang ambil untung.

“Untuk air pula kita guna cawan bersaiz besar dan kuat. Air saya letak dengan campuran buah limau. RM3 jadi RM10.50,” katanya.

Mark bertanya semula adakah pendapatan yang diperolehi contohnya RM2,900 cukup untuk membayar tapak.

“Saya berniaga, baru saja masih belajar tapi agak-agak la dengan apa yang korang fikir kalau tak tahu,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram, semalam.

Mark menganggap apa yang berlaku sebagai ujian dalam perniagaan, namun menegaskan tetap menjaga kualiti produk yang dijual berbanding keuntungan semata-mata.

“Dah ramai beli, yang tak beli pula yang banyak komen. Apa hal? Bukan mudah tetapi saya dan isteri suka.

“Sebab itu kami utamakan kualiti tanpa fikir untung. Minta maaf kalau ada yang tersinggung,” katanya.

Pada masa sama, Mark turut mendedahkan beberapa pekerjanya berdepan tekanan dan hilang semangat akibat terbaca komen cacian di laman sosial.

“Pekerja saya nampak komen dan hantaran itu, ada yang hina kata macam-macam, saya tak kisah sebab dah biasa dengan komen negatif tapi pekerja saya budak baru.

“Mereka hilang semangat sebab terbaca satu komen kata harga ‘satay bhalut’ saya mahal iaitu satu set termasuk air dengan tiga cucuk sate berharga RM21.90,” katanya yang baru sebulan berniaga.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *