Salah seorang anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim tampil menafikan spekulasi yang mengatakan dia bakal menikahi balu Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim tidak lama sahaja lagi.

Demi Allah, saya tak tahu (Ina akan kahwin). Serius saya memang tak tahu. Tiba-tiba nama saya pula dikaitkan.

Jelas Isman, dia amat terkejut apabila mendengarkan dakwaan itu kerana menganggap Ina sebagai adik sendiri.

Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak tahu dan tak ada kena mengena dengan saya (cerita perkahwinan). Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya. Saya langsung tak tahu fasal benda ini.

Memang saya baik dengan Ina, tak dapat dinafikan. Saya baik bukan dengan Ina saja, tapi rapat juga dengan kedua-dua ibu bapanya. Malah, keluarga saya sendiri pun baik dengan Ina.

Kata Isman lagi, meskipun mempunyai hubungan baik dengan Ina dan ahli keluarganya, tidak perlu untuk mengaitkan namanya dengan wanita itu kerana tidak berasas selain kurang manis memandangkan Allahyarham Suhaimi baru sahaja meninggal dunia.

Terdahulu, muncul desas-desus mengatakan Ina bakal bernikah dengan seorang jejaka yang berstatus penyanyi nasyid apabila kad jemputan telah diedarkan di kampung In di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Ina sebelum ini berkahwin dengan penyanyi In-Team, Suhaimi Saad pada November 2007 sebelum berpisah mati setelah penyanyi itu meninggal dunia pada November 2023 akibat jangkita kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup, Ina dan arwah Suhaimi dikurniakan empat orang cahaya mata.

Source :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *