Kuala Lumpur: Pelakon popular, Fattah Amin, 33, menerima 22 juta ‘likes’ ketika pertama kali membuat sesi ‘live’ (siaran langsung) di TikTok, malam tadi.

Sesi selama satu jam itu turut ditonton lebih 54,000 pengguna media sosial selain turut mendapat ‘gift’ daripada peminat.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, beliau sekadar ingin berbual santai bersama peminat walaupun tidak tahu cara mengendalikan ‘live’ di TikTok.

“Semua (pengurusan Fattah) tak tahu mengenai ‘live’ atau ‘gift’ di TikTok. Mungkin selepas ini kita akan panggil pasukan yang betul sebab kita nak lancarkan produk.

“Saya tak pernah tengok ‘gift’ macam ini, terima kasih dan terharu sangat dengan sokongan semua orang,” katanya.

Di sepanjang sesi itu, Fattah kelihatan terkedu dan tidak menyangka sesi ‘live’ itu akan mendapat sambutan.

Di hujung sesi ‘live’ itu, Fattah turut bergurau dah meminta peminat hanya menatap wajahnya kerana dia sudah kehabisan idea untuk berkata-kata.

“Aku dah tak tahu nak cakap apa dah ni. Tak payah cakaplah, korang tengok jelah muka ni,” katanya sambil tersenyum.

Sambutan terhadap akaun TikTok Fattah itu pastinya turut berkaitan dengan isu perceraiannya dengan pelakon popular, Fazura pada 7 Oktober lalu.

Sebahagian besar pengguna media sosial di situ turut Fattah supaya kekal tabah dan diberikan kekuatan.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Source :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *