Kuala Lumpur: Pempengaruh, Marissa Dania menegaskan bahawa dia tidak pernah ketepikan ibunya yang juga pelakon, Abby Abadi.

Marissa, 19, ketika ditemui di Program Zumba bersama Abby Abadi berkata, berita mengenai kematian bayinya baru-baru ini lambat diterima ibunya kerana suaminya, Ahmad Aslam lebih selesa berinteraksi dengan bapanya, Norman Hakim.

“Mama tak tahu sebab Aslam dia lebih rapat dengan papa (Norman). Dia lebih selesa dengan lelaki. Itulah sebabnya. Dia banyak berinteraksi dengan papa dan ayahnya. Itu sahaja.

“Tapi, tak bermaksud saya ketepikan mama. Akhirnya, mama dapat tahu juga sebab saya kongsikan juga,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Marissa, komennya mengenai ibunya tidak membalas WhatsApp di ruang komen hantaran Instagram Abby hanyalah gurauan.

“Saja dan mama tak ada apa pun sebenarnya. Memang nak mama balas dan niatnya memang untuk bergurau pun. Kami okay sahaja. Tempoh hari, mengenai perkara itu ada sebablah dan tak ada apa pun,” katanya.

Sementara itu, Abby berkata gurauan anaknya di Instagram itu mungkin menerima tanggapan berbeza daripada netizen.

“Demi Allah tak ada niat untuk jadikan ‘content’ atau apa. Benda itu berlaku dengan sendiri dan saya pun tak pasti. Waktu itu saya merajuk. Dia tak ada letak emoji atau apa-apa di situ, jadi orang anggap dia seriuslah.

“Saya tahu mengenai perkara (kematian bayi Marissa) itu selepas dua hari. Tapi, nak buat macam mana sebab bila dapat tahu, dah tak ada dah,” katanya.

Baru-baru ini, Marissa kehilangan bayinya yang dilahirkan awal ketika usia kandungan lima bulan.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *