Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Suraya Yasmine mengakui bahawa dirinya merupakan kekasih gelap penyanyi, Aliff Aziz sejak Januari 2024.
Malah, dia turut berasa terkejut apabila membaca mesej di antara Aliff dan aktres, Ruhaineis yang merupakang dalang membolak-balikkan rumah tangga, Bella Astillah.
Nama kembali menjadi topik ‘panas’
Sebelum ini nama Ruhainies sudah tidak sering menjadi bualan hangat di kalangan netizen selepas isu tangkap khalwat dan terbaru, sering memaparkan momen-momen tenang ketika berada di Mekah.
Bagaimanapun, selepas saja wanita simpanan Aliff itu mendedahkan mesej mereka, nama Ruhainies kembali menjadi sasaran netizen, di mana kebanyakannya memohon agar pihak televisyen meletakkan nama dua pelakon itu dalam senarai hitam agar tidak dapat berlakon lagi.
Allah SWT tunjuk perangai sebenar
Dalam pada masa yang sama, ada beberapa netizen memerli aktres terbabit agar tidak cuba menunjuk baik lagi di media sosial kerana segala perangai buruknya sudah ditunjukkan oleh Allah SWT.

Sejak isu ditangkap khalwat, Ruhainies sering kali dilihat membuat posting Islamik di laman media sosialnya.