Kuala Lumpur : Penyanyi, Keena Mentor kini memiliki 56 pasang kebaya selepas menukar penampilannya daripada bintang rock kepada gaya klasik ala Saloma. -Advertisement-javascript:falsejavascript:falsejavascript:falsejavascript:falsejavascript:falseAds by
Keena, 38, berkata, dia menghasilkan sendiri 56 kebaya itu bagi menyesuaikan dengan posisinya yang kini bergelar Ikon Pasar Saloma.
“Saya ada dua sahaja baju kebaya sebelum ini. Sekarang, saya ada 56 pasang. Semua baju baharu dan saya buat sendiri. Saya jahit manik dan sebagainya.
“Sebenarnya, saya menjadi Ikon Pasar Saloma. Jadi, sepanjang 2024 ini saya bertukar penampilan daripada penyanyi rock kepada penampilan klasik seperti ini. Gaya ala-ala 60-an dan 70-an.
“Jadi, alhamdulillah, sejak bertukar penampilan ini, saya dapat tawaran persembahan dan ada juga program TV yang jemput untuk menyanyikan lagu-lagu lama,” katanya kepada Harian Metro.
Mengambil masa dua jam untuk menata gaya rambut, Keena yang menukar gaya sejak Januari lalu juga kini mula dipanggil dengan panggilan nama klasik.
“Sebenarnya, untuk siapkan rambut sahaja memakan masa dua jam sebab rambut ini bukan pakai sarung sahaja. Tetapi, kena siapkan lapisan demi lapisan.
“Peminat yang datang ke Pasar Saloma tak panggil Keena. Tapi, ada yang panggil Cik Salmah, Cik Hasnah,” katanya.
Keena turut disapa oleh warga emas yang menangis kerana terkenangkan gaya penampilan mereka ketika zaman muda.
“Apa yang seronok bila saya pakai begini, apabila berjumpa orang-orang tua, ada yang menangis. ‘Inilah yang akak pakai dahulu waktu zaman muda. Dah tak ada dah artis baharu yang bawa benda begini’,” katanya.
Terbaharu, Keena juga akan melancarkan lagu baharu berkonsep klasik, berjudul Terpikat.
Sumber : hmetro.com