Melalui laman media sosial, pelakon Norman Hakim meminta bekas isteri, Abby Abadi agar henti daripada berkongsikan hal keluarga di mana-mana platform yang ada.
Tidak lepas tangan isu Marissa
Dalam pada masa yang sama, aktor itu menegaskan bahawa dirinya tidak melepaskan tanggungjawab sebagai bapa untuk selesaikan kemelut yang berlaku terhadap anak perempuan, Marissa Dania, baru-baru ini.
Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Sudah habis di sini.. iftar sama-sama nanti sambung sembang.

Norman meninggalkan komen tersebut di dalam hantaran luahan hati yang dimuat naik oleh Abby Abadi di Instagramnya.
Akan timbulkan salah faham
Alasan Norman memohon agar bekas isteri henti daripada berkongsikan kemelut keluarga dalam media sosial kerana mahu elak dari berlakunya salah faham dan akan merumitkan lagi keadaan.

Sebelum ini, dapat dilihat Abby Abadi lebih terbuka untuk menceritakan kisah anak perempuannya, Marissa Dania berkahwin di Songkhla, Thailand pada tahun ini.
Sekadar info, 7 Februari lalu, Marissa Dania didakwa telah berkahwin di Songkla, Thailand bersama kekasih bernama Aslam tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk isteri pertama lelaki terbabit, Misya.