KUALA LUMPUR: Pelakon Nafiez Zaidi tampil dengan imej baharu bukanlah atas sebab tertentu, sebaliknya hanya mahu tampil dengan karakter berbeza dan lebih segar.
Nafiez menafikan imej berjambang ada kaitan dengan kisah putus cinta bersama bekas kekasih yang juga pelakon, Fify Azmi. Dalam masa sama menafikannya menyertai jemaah tabligh.
Pemilik nama Abdul Nafis Abduzaidi itu berkata, dia selesa dengan penampilan baharu dan harap lebih banyak peluang akan diterima bersesuaian dengan imejnya itu.
“Imej ini tiada kaitan dengan kisah putus cinta atau apa sahaja. Saya simpan jambang, jadi bila panjang saya teruskan sahaja. Saya juga tidak sertai jemaah tabligh.
“Saya mula simpan jambang sejak tujuh bulan lalu. Sebenarnya, ramai tak kenal bila berimej jambang, pergi mana-mana pun rasa selamat sebab orang tak perasan.
“Malah, datang majlis ini pun ada penerbit tak perasan saya. Memang saya sengaja berjambang untuk tukar imej, sebab sebelum ini karakter saya dalam drama semuanya sama sahaja.
“Apa salahnya saya tampil berbeza untuk pelbagaikan karakter. Mana tahu ada rezeki lain yang saya dapat,” katanya kepada BH Online.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkata, dia boleh cukur jambang dan kembali dengan imej asal pada bila-bila masa sekiranya perlu.
“Jambang boleh cukur. Saya juga sasarkan mungkin dalam 2024 ini ada satu drama yang saya tampil berjambang. Tapi tidaklah saya berjambang sentiasa, saya boleh cukur jika perlu,” katanya.
Walaupun suka dengan imej berjambang, pelakon filem Malbatt: Misi Bakara memberitahu ibunya tidak begitu menggemari penampilannya kerana tidak biasa melihat wajahnya sebegitu.
“Ini kali pertama saya imej berjambang. Bila tengok maklum balas orang ramai, saya okay walaupun dapat tentangan keluarga. Bila saya balik rumah, emak tanya bila saya mahu cukur, sebab tak biasa tengok.
“Keluarga cakap tak sedap mata memandang sebab arwah bapa pun tak pernah simpan jambang. Bagi saya, ini adalah ‘new look’ saya,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan Syawal RTM di Angkasapuri Kota Media, semalam.
Dalam perkembangan lain, Nafiez berkata, dia sibuk menguruskan perniagaan, namun tidak menolak jika mendapat tawaran berlakon jika mempunyai waktu pada Ramadan.
“Sepanjang puasa, saya akan sibuk dengan bisnes. Tapi, saya akan pertimbangkan jika ada tawaran lakonan.
“Tengok dululah sebab jadual saya agak padat. Saya bakal terbabit dalam penggambaran filem bergenre
Kredit: Berita Harian