Pelakon dan pelawak, Enot mengakui hidupnya kini sukar kerana sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana produksi.

Ujar Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah,48, dia tidak tahu mana silapnya namun tidak menolak kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini membuatkan syarikat produksi hilang minat untuk mengajaknya berlakon.

Aktres itu berkata demikian ketika ditemui media untuk program Ziarah Seni Madani Finas 2024, Rabu lalu.

Malah, menurutnya lagi, apa yang menimpanya sebelum ini telah memberikan tekanan besar sehingga menyebabkan keresahan ataupun ‘anxiety’.

Sebelum ini, Enot didakwa menghilangkan diri dan tidak lagi menghubungi serta bergaul dengan rakan-rakan artis.

Dia juga pernah terpalit dengan kontroversi bercinta dengan pengkid sehingga menjadi sorotan netizen di media sosial.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *