Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad mendedahkan terdapat individu jijik yang tergamak melakukan onani terhadap gambar isterinya.
Katanya, berita itu diterima ketika dia kurang sihat dan dalam fasa sedang berehat namun Hafiz berkata dia enggan menyerang individu berkenaan meskipun marahnya membuak-buak.
Pelaku masih muda
Meskipun isterinya, Syafiqah Aina menjadi tempat pemuas nafsu individu tersebut di aplikasi Twitter, Hafiz bagaimanapun tidak melatah sebaliknya mencari maklumat tentang lelaki berkenaan.
Kata Hafiz, dia kemudian mendapat informasi termasuklah alamat rumah dan kad pengenalan si pelaku yang katanya masih muda usianya.
Hanya mahu tiga perkara
Hafiz kemudian berkata dia hanya mahukan tiga perkara daripada individu berkenaan iaitu yang pertama, datang berjumpanya di pejabat dan minta maaf pada Aina di depan matanya.