Baru-baru ini, pelawak Ali Puteh telah mendedahkan dirinya hadir ke rumah balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah bagi melangsaikan hutangnya sebanyak RM75K. Namun, difahamkan bayaran itu terbantut kerana Hidayah meminta agar Ali membayar menerusi peguam.

Tidak mahu terima wang

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Hidayah di akaun Instagram, pembayaran hutang Ali tidak berjaya diterima kerana pihaknya yang mahukan pelawak itu membayar hutang tersebut di hadapan peguam.

Mendengar hal itu, Ali pun menyatakan rasa kurang senang dengan tindakan bekas kakak iparnya itu.

Susulan itu, Ali pun menghubungi peguam yang mewakili Hidayah bagi membincangkan isu pembayaran hutang tersebut. Menurutnya, Ali meminta peguam mengatur tarikh untuk perjumpaan mereka secepat mungkin.

Sebelum ini, Ali telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya berjumpa dengan Hidayah di rumahnya bagi menyelesaikan isu hutang saman antara mereka berdua. Untuk info, Ali telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM75K dengan menjual harta peribadinya.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *