KUALA LUMPUR: Penularan pandemik COVID-19 menggerakkan semangat syarikat rakaman, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia Berhad bekerjasama dalam menghasilkan single berjudul We Care.

Ia salah satu inisiatif untuk memberikan perlindungan dan manfaat penjagaan kesihatan percuma kepada pelanggan yang berminat ketika pandemik COVID-19.

Single We Care didendangkan oleh penyanyi Alvin Chong, kumpulan Dolla, penyanyi lagu Mandopop Malaysia, Nicole Lai dan bintang pop Thai-German, Jannine Weigel.

Menariknya, Nicole turut menyumbangkan sentuhan kreatif dengan menulis lirik Mandarin dalam projek lagu berkenaan.DISYORKAN UNTUK ANDA

Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Selebriti 360 Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, lagu berkenaan diinspirasi ketika pandemik COVID-19 yang kini mengubah kehidupan masyarakat seluruh dunia.

“Menterjemahkan mesej positif, lagu ini diharap dapat menyuntik semangat supaya tidak berputus asa dalam menentang pandemik dan terus menyokong satu sama lain dalam tempoh getir ini.

“Kolaborasi ini adalah strategi kreatif pertama yang mengetengahkan artis naungan Universal Music Malaysia dalam menyalurkan kekuatan kepada orang ramai.

“Ia menerusi suara mereka dalam lagu khas yang dihasilkan penerbit muzik bertaraf ‘multi-platinum’, Bryan B,” katanya.

Bintang pop Thai-German, Jannine Weigel.
Bintang pop Thai-German, Jannine Weigel.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Joseph Gross berkata, single We Care diharap memupuk dan membina komuniti inklusif yang berdaya tahan dalam menangani situasi mencabar.

“Lagu ini salah satu inisiatif baharu yang diilhamkan untuk memupuk semangat positif dalam masa yang tidak menentu ini,” katanya.

Single We Care sudah boleh distrim di semua platform digital terpilih. Untuk merancakkan lagi, video muzik rasmi akan disiarkan, bulan depan.

Selain kolaborasi single We Care, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga menganjurkan larian maya, We Care dan konsert siaran langsung pada April depan. Hasil kutipan larian maya akan disalurkan kepada organisasi amal.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *