Ibu kandung kepada anak angkat penyanyi Noh Salleh dan Mizz Nina tampil membuat kenyataan berserta tiga tuntutan terhadap vokalis kumpulan Hujan itu baru-baru ini.

Menurut wanita yang ingin dikenali sebagai Athira itu, dia mendakwa dirinya telah dimanipulasi Noh berikutan kenyataan penyanyi itu sebelum ini di Melodi.

Athira juga menuntut permohonan maaf terbuka daripada Noh selain meminta penyanyi itu memadam gambar yang mendedahkan wajah anaknya itu dalam tempoh 24 jam.

Noh langgar perjanjian 
Tambah wanita itu lagi, Noh juga telah melanggar perjanjian yang dipateri sebelum ini berkaitan kehidupan dan penjagaan Musa.
Sebelum ini, muncul spekulasi mendakwa Noh telah ‘menculik’ anak angkat yang diambil ketika masih bergelar suami kepada Mizz Nina dengan menggunakan bantuan pembantu rumah.

Noh kemudian tampil menafikan perkara itu dan mengeluarkan kenyataan bahawa ibu kandung Musa telah menyerahkan anak itu untuk dijaganya dengan rela hati dna mengikut undang-undang.

Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/tolong-tarik-balik-kenyataan-dan-mohon-maaf-ibu-kandung-musa-dakwa-telah-dimanipulasi-noh-salleh/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *