KUALA LUMPUR: Program realiti memasak popular TV9, Dapur Tempur kembali lagi dengan musim baharu iaitu Dapur Tempur Selebriti yang meriah dan mendebarkan.

Episod pertama yang disiarkan kelmarin menyaksikan Achey dan isteri, Anne berdepan Ain Edruce dan suami, Amirul.

Achey dan isteri menamakan gandingan mereka sebagai Mok Strong manakala Ain dan suami memilih, 50-50.

Dapur Tempur Selebriti kali ini menampilkan tema berbeza berbanding edisi Dapur Tempur & Dapur Tempur Ra-Ra sebelum ini.

Kebiasaannya, Dapur Tempur menguji peserta menyediakan menu masakan Melayu. Namun, kali ini, setiap pasangan perlu menyediakan hidangan bertemakan masakan barat.

Dapur Tempur Selebriti menampilkan Achey dan isteri serta pasangan Ain dan suami, Amirul. Foto Ihsan TV9
Dapur Tempur Selebriti menampilkan Achey dan isteri serta pasangan Ain dan suami, Amirul. Foto Ihsan TV9

Dapur Tempur Selebriti tidak lengkap tanpa cabaran dan cabaran pertama untuk episod pertama Dapur Tempur Selebriti ialah cabaran ‘Misteri Ke?’.

Cabaran ini memerlukan setiap pasangan menggunakan bahan misteri yang dipilih. Mereka perlu menambah baik hidangan mengikut masa ditetapkan iaitu 30 minit. Saksikan peserta paling kreatif dan mampukah mereka terima komen pedas juri Michael Ang dan Cef Naem?

Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego dan Vinda sebagai penaja. Pemenang mingguan ditentukan juri mengikut cita rasa, persembahan hidangan, cara kerja berpasukan dan kebersihan.

Pemenang mingguan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan hamper tajaan Prego selama setahun. Vinda turut menyumbang hamper barangan selama setahun untuk pemenang episod pertama dan kedua.

Dapur Tempur Selebriti yang dihoskan Fiza Frizzy disiarkan setiap Sabtu pada jam 8.30 malam di TV9.

Program realiti ini juga boleh distrim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Ikuti media sosial rasmi Facebook (FB), Instagram (IG) dan X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat terkini program terbitan TV9.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *