Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa sedih dan kesal kerana ada sesetengah pihak mempersoalkan status halal sambal petai yang diusahakannya selama ini.
Kata Ali, dia dilempar dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan dan ada yang mendakwa sambal yang dijualnya itu tidak halal dan kotor.


Ali juga mempersoalkan keperluan individu berkenaan untuk berkata seperti itu sedangkan dia hanya menggunakan cili dan bawang dalam masakan.

“Saya anggap dia bergurau saja la dan ada juga yang bertanya kemudian saya cakap sambal itu haram. Itu cara saya bergurau kembali dengan dia. Sambal ini saya yang masak sendiri” ujarnya mengakhiri bicara.
Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/tiga-tahun-kena-kecam-dah-biasa-sambal-petai-dipertikai-status-halal-ali-puteh-tenang-saja/