Pembatalan majlis mereka mengejutkan ramai pihak namun sehingga kini pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana masih mengunci mulut.
Setakat ini, maklumat yang diketahui hanyalah majlis nikah mereka dibatalkan namun Pengarah Hospitaliti, Mizwan akhirnya membuka mulut memberi penjelasan daripada pihaknya.
Kata Mizwan, mereka masih terlibat dalam majlis yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong itu dan kini menunggu keputusan serta maklumat lanjut daripada keluarga kedua-dua belah pihak.



Tambahnya, pembatalan majlis nikah itu bukan dibuat pada saat-saat akhir sebaliknya Syafiq dan Mimi sudah berbincang dengan pihaknya sebelum menghantar mesej pemberitahuan.
Mizwan turut meminta para peminat untuk tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung pembatalan majlis yang sepatutnya berlangsung 18 Ogos depan.


SUMBER DARI :- https://beautifulnara.com/pembatalan-majlis-nikah-mimi-lana-syafiq-kyle-bukan-dibuat-saat-saat-akhir-ini-penjelasan-sebenar/