Seoul: Susulan pelakon Lee Junho, 33, dan YonnA, 33, yang membintangi siri King The Land didakwa bercinta, kedua agensi mereka tampil menafikan khabar angin berkenaan.
Agensi Lee Junho, JYP Entertainment terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan bagi menyelar laporan akhbar berkenaan hubungan cinta mereka itu.
“Kami sedang meneliti laporan itu,” kata agensi terbabit.
Kemudian, menyusul kenyataan SM Entertaintment yang turut menolak dakwaan itu.
Terdahulu, sebuah laporan mendedahkan Lee Junho dan YoonA setuju membintangi drama terbitan Netflix itu kerana mereka memang sudah bercinta.
Bagaimanapun, agensi Lee Junho yang juga anggota 2PM mendakwa baru pertama kali mendengar mengenai pasangan terbabit menjalin hubungan.
Mereka kini hangat diperbualkan selepas siri King the Land meraih perhatian luar biasa. Keserasian mereka cukup dirasai penonton dalam siri romantik komedi terbabit.
Kredit: Harian Metro