Shah Alam: Pelakon, Farid Kamil meluahkan hasrat untuk membawa anak sulungnya, Muhammad yang begitu teruja dengan kehadiran filem yang dibintanginya, Anwar: The Untold Story.

Farid berkata, dia bagaimanapun perlu mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah, iaitu untuk menghantar surat lima hari sebelum tarikh bertemu dengan anak-anaknya.

“Muhammad beria-ia tanya, bila filem ini akan ditayangkan. Tapi, seperti yang semua sedia maklum, untuk bawa anak-anak saya ke pawagam, saya kena buat surat.

“Setakat ini, peguam saya dah hantar surat untuk itu dan kalau ada rezeki, saya akan pastikan Muhammad dapat menonton filem itu,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada dia sudah bertemu dengan anak-anaknya, Farid berkata, dia sudah dapat meluangkan masa selama empat hari dengan kedua-dua mereka.

“Saya dapat berjumpa Aurora sebanyak dua kali dan Muhammad sebanyak empat kali.

Setakat ini, saya dapat luangkan masa selama empat hari. Itu pun selepas yang diberitakan mengenai isu anak trauma,” katanya.

Farid membintangi filem yang mengisahkan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di samping barisan pelakon hebat antaranya, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *