Black berkongsi gambar menjalani pembedahan

Kuala Lumpur: Penyanyi Black, 35, memaklumkan dia selamat menjalani pembedahan membuang ketulan di bawah perutnya di sebuah pusat perubatan swasta di sini, semalam.

Menerusi hantaran video di laman Instagram (IG), Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah berkata, pembedahan kecil itu hanya membabitkan tempoh sejam.

“Alhamdulillah, operation (pembedahan) berjalan dengan lancar selama sejam. Ketulan di bawah perut dapat dikeluarkan.

“Terima kasih kepada semua yang terbabit. Sekarang, saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Minor operation (pembedahan kecil) je,” tulisnya.

Isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira turut menemani Black sepanjang pembedahan di pusat perubatan terbabit.

Dalam perkongsiannya, Black juga juara Program Realiti Mentor musim ketiga memberitahu dia sudah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.

Sementara itu, perkongsian penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti itu di IG turut mendapat maklum balas positif dari pengikutnya termasuk rakan artis antaranya Tomok, Pablo Amirul, Shahrol Shiro dan Roy Azman.

Rata-rata pengikutnya meninggalkan komen dan mendoakan penyanyi itu segera sembuh dari pembedahan dan dipermudahkan segala urusannya.

Untuk rekod, Black mendirikan rumah tangga dengan Cira pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

kreadit : hmetro.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *