Isteri kepada penyanyi, ND Lala iaitu Fauziah Sarman telah mendedahkan wajah madunya yang dikenali sebagai Datin Siti Munirah Abd. Ghani di laman Instagram, semalam.

Susulan itu, hantaran tersebut sekaligus mengesahkan spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang diganggu orang ketiga.

Bukan itu sahaja, hantaran berkenaan turut menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan kebenaran berita tersebut.

Malah, pengguna media sosial telah bertindak menyerang laman Instagram milik ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah bin Salleh.

Meninjau di ruangan komen, netizen telah mengecam penyanyi lagu Mata Air itu kerana masih belum memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai kontroversi yang semakin hangat diperkatakan.

komen

Difahamkan, ibu kepada penyanyi, Shila Amzah itu turut bertindak membuang gambar-gambar suaminya dan tidak lagi mengikuti suaminya di Instagram.

Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/isteri-dedah-wajah-madu-instagram-nd-lala-diserang-netizen-menggatai-tambah-bini/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *