Isteri kepada pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, hari ini untuk memfailkan perceraian.

Menurut laporan Harian Metro, Fauziah mengakui dia tidak mengetahui bila suaminya telah bernikah lagi bersama wanita yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani.

Bukan itu sahaja, ibu kepada penyanyi, Shila Amzah itu turut meminta pihak media untuk bertanyakan sendiri kepada suaminya.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengapa dia memuat naik hantaran gambar wanita berkenaan di laman Instagram, Fauziah sendiri tidak tahu mengapa dia berbuat demikian.

Sebelum ini, Fauziah bersama adik perempuannya telah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Adik perempuan yang dikenali sebagai Effi memaklumkan permohonan cerai itu merupakan keputusan yang sukar buat kakaknya.

Menurut Effi, kakaknya masih sayangkan rumah tangga memandangkan usia perkahwinan mereka sudah hampir 34 tahun.

Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/isteri-nd-lala-hadir-ke-mahkamah-syariah-untuk-failkan-cerai/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *