Sebentar tadi kami ada melaporkan yang pelakon Hafidz Roshdi telah tiba diperkarangan mahkamah lebih kurang pukul 8.30 pagi tadi yang diiringi peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.ADVERTISEMENT
Menurut laporan mStar, dia yang didakwa selepas dipercayai dengan sengaja menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Siti Fatimah Talib.
Hafidz didakwa menumbuk Shuhada sebanyak 3 kali dibahagian kiri mukanya selepas berlaku sedikit pergaduhan antara kedua-dua mereka di susur keluar tol Sungai Buaya.
Shuhada terpaksa terima 10 jahitan dimukanya selepas ditumbuk pelakon itu serta yang juga meninggalkan parut kekal. ADVERTISING
Pelakon itu didakwa di bawah
Seksyen 323 Kanu Keseksaan yang membawa hukuman jika didapati bersalah iaitu penjara maksimum setahun atau denda
RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Kredit: ohmedia.com