Hari ini, pelakon Puteri Sarah Liyana melancarkan lagu berjudul Terus yang mengisahkan tentang apa yang berlaku dalam kehidupannya termasuk kemelut rumah tangga bersama suami iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Menurut Sarah, dia sengaja memilih tarikh 8 Mac iaitu merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9 dan juga Hari Wanita Sedunia.
Pelakon berusia 38 tahun itu memaklumkan dia mahu mengabadikan tarikh itu sebagai simbol dia sudah ‘move on’.




Dalam pada itu, Sarah meluahkan rasa gembira apabila lagu ini akhirnya dapat menemui pendengar yang mungkin senasib dengannya dan boleh membantu mereka untuk bangkit dan meneruskan kembali kehidupan seperti dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Sumber Asal Dari :- https://beautifulnara.com/puteri-sarah-lancar-lagu-sebagai-simbol-move-on-lagu-ni-mengisahkan-tentang-hidup-saya/