Kuala Lumpur: Wartawan Harian Metro, Sudirman Mohd Tahir memenangi kategori Syok Podcast Sepanjang Tahun Bahasa Malaysia di Anugerah Podcast Syok 2022, sebentar tadi.
Kejayaan Sudirman itu menerusi program kendaliannya disiarkan di aplikasi Syok berjudul Confession Bilik Gelap.
Program itu berjaya menewaskan empat program podcast bahasa Melayu yang di senarai pendek iaitu Cerita Rumah Hantu Ceria, Popstar EXTRA, Gambaran Syurga, Selebriti Podcast: Nabil Ahmad dan Ultras Kuaci.
Bagi kategori Anugerah Syok Podcast Sepanjang Tahun bahasa Inggeris dimenangi The Pod all Sportscast, manakala bahasa Cina dan India menjadi milik Moon’s Parenting Tips dan Raagavil Marma Desam.
Sementara itu, kategori Radio Podcast Kegemaran pula dimenangi oleh Pagi di Sinar (bahasa Melauyu), Hitz Morning Crew Rewind (bahasa Inggeris), Goxuan Pick (bahasa Cina) dan Best of Hyper Maalai (bahasa Tamil).
Dalam pada itu, Anugerah Syok Podcast Paling Popular pula menjadi milik Ultras Kuaci (bahasa Melayu), Lets Talk Marketing with Ceddy (bahasa Inggeris), Somtimes Serious Sometimes Chill (bahasa Cina) dan Raagavil Marma Desam (bahasa India)
Bukan hanya itu, kategori Syok Podcast Kegemaran Episod dimenangi program ‘Kinabalumpur’ kau rilek ja! Episod 9 (bahasa Melayu), Malaysian Roads Episod 5 (bahasa Cina), Pei Diary Musim Kedua Episod 5 (bahasa Tamil) dan The C Word Musim Keempat Episod Tiga (bahasa Inggeris).
Bagi kategori terakhir iaitu Podcast Kegemaran Persendirian diraih oleh tiga program iaitu PodcasThinker, Studio Sembang dan TTYL:Talk To You Later.
Untuk rekod, Anugerah Podcast Syok 2022 merangkumi podcast bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Tamil.
Anugerah terbabit diadakan untuk meraikan bakat-bakat di Malaysia dan kisah inspirasi mereka di dalam ruang podcast.
Kredit: Harian Metro