Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa dan tersinggung apabila ada individu yang tergamak melabel anak istimewanya dengan perkataan ‘gila’.
Katanya, setiap ibu pasti akan berasa terkilan dan sedih jika anak mereka menjadi bahan kutukan namun kini Zarina akui tidak mahu berfikir tentang hal itu lagi.
Terbaru, ketika ditemu bual rancangan Melodi Zarina mengulas tentang tuduhan segelintir netizen yang mengatakan dia menggunakan anak-anaknya untuk content semata-mata.
Jelas pelakon itu, perkongsiannya pasti berguna bagi sesetengah individu dan dia sendiri tidak boleh mengawal apa orang lain mahu cakap.


Disoal bagaimana dia mempunyai ketabahan dan kekuatan menjaga Azal dan Azil, jelas Zarina sebenarnya anak-anak syurga itulah sumber kekuatannya.
SUMBER ASAL :- https://beautifulnara.com/mungkin-allah-tak-uji-kau-dengan-anak-autisme-tapi-netizen-tuduh-zarina-zainuddin-guna-anak-untuk-content/