Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah baru-baru ini mengejutkan peminta apabila dia ada memuat naik satu hantaran di Instagram dengan kapsyen yang mengundang spekulasi dalam kalangan peminat.
Dalam hantaran tersebut, Sharifah Sakinah memuat naik foto memaparkan dia bersama suami, Michael Hansen berada dalam sebuah kereta.

Malah, ruangan komen hantaran tersebut turut ditutup oleh Sakinah.
Terdahulu, Sakinah dan pasangannya Michael Hansen dilihat sedang bercuti di Dubai.
Dalam pada itu, pelakon drama Girlfriend Dari Neraka ini juga tidak pernah menjelaskan status perkahwinan kepada umum kerana hanya memaklumkan dia sudah berkahwin namun tidak oula menyatakan tarikh sebenar pernikahan dengan jejaka yang berasal dari Sweden itu.
SUMBER DARI :- https://beautifulnara.com/kami-tidak-boleh-menjadi-pasangan-lagi-sharifah-sakinah-beri-bayangan-sudah-bercerai-di-ig/