Umum sedia maklum, penyanyi rap Caprice baru-baru ini tampil memberi amaran terhadap pasar raya, Mydin kerana mendakwa syarikat itu membuat ciapan berbaur sindiran ke atas dirinya.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meminta syarikat itu memadam ciapan tersebut atau dia akan mengambil tindakan saman sebanyak RM30 juta ke atas pihak Mydin jika tiada sebarang kenyataan maaf dikeluarkan dalam masa 24 jam.


Walau bagaimanapun, Caprice hari ini menerusi Insta Stories menawarkan untuk membelanja rakyat Malaysia di pasaraya Mydin.

SUMBER DARI : https://beautifulnara.com/kalau-caprice-nak-saman-silakan-pengarah-urusan-mydin-kata-siapa-makan-cili-dia-rasa-pedas/