Kuala Lumpur: Selepas penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki menayangkan badan dalam sebuah drama sehingga meraih perhatian ramai, MK yang kini turut aktif berlakon mengaku tiada masalah untuk menjayakan babak sedemikian.

Bagaimanapun MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, setiap babak yang dilakonkan perlu mempunyai limit dan tidak menimbulkan apa-apa spekulasi atau andaian tidak baik oleh netizen.

“Jika babak yang dilakonkan memerlukan adegan (tayang badan) sebegitu, saya tiada masalah. Tapi setiap babak yang dijayakan perlu ada limit.

“Bagi saya setiap watak yang diberikan juga perlu bersesuaian dan tidak menimbulkan apa-apa spekulasi untuk provok netizen membuat sesuatu andaian. Jika ada perkara itu kita cuba elakkan,” katanya.

Dalam pada itu, MK turut berkongsi rasa teruja apabila berpeluang bergandingan dengan aktres Nora Danish dalam filem romantis, 7 Minggu Sebelum Kahwin yang bakal menemui penonton di Astro First pada 7 Julai ini.

“Berpeluang berlakon dengan Nora saya akui sangat malu sebab kita semua tahu yang Nora Danish adalah satu nama besar dalam dunia lakonan.

“Saya juga akui gementar jika lakonan saya tidak disampaikan dengan baik. Tapi apapun saya bersyukur apabila Nora dan pelakon-pelakon lain banyak membantu. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar,” katanya.

Selain MK dan Nora, filem 7 Minggu Sebelum Kahwin turut dibintangi Alya Iman, Sham Visa, Ropie dan Yassin Yahya.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *