KUALA LUMPUR: Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Anna Jobling, 21, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, di sini, selepas disahkan menghidap demam denggi.
Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkaa, dia mengalami demam sejak Rabu lalu.
“Bagaimanapun, saya menjalani ujian, keputusannya negatif. Dan, semalam saya sekali menjalani ujian dan disahkan mengalami demam denggi.
“Kini, saya sedang dirawat dipantau di Hospital Gleneagles, Ampang.
“Di seluruh badan saya naik ruam kemerahan dan suhu badan juga tinggi. Namun, keadaan saya baik-baik sahaja apabila dipantau doktor,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama rantaian Shah Alam 40000 itu turut memaklumkan, dia menghidap demam ketika menjalani penggambaran di sekitar ibu kota, Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan.
“Saya sedang menjalani penggambaran drama Melur Untuk Firdaus yang bakal ditayangkan di TV3, tidak lama lagi.
“Doakan yang terbaik agar saya cepat sembuh dan boleh kembali bekerja seperti biasa,” katanya.
Kredit: Berita Harian