PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Roslan Shah yang tiba-tiba rebah ketika ditemuramah dalam program Wanita Hari Ini (WHI) disiarkan secara langsung dari Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, tengah hari tadi, kini dilaporkan stabil.https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.502.0_en.html#goog_1860946643https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.502.0_en.html#goog_1860946645https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.502.0_en.html#goog_1860946647https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.502.0_en.html#goog_1860946649
TV3 dalam kenyataan menjelaskan insiden mencemaskan itu berlaku disebabkan Roslan mengalami tekanan darah tinggi.
“Susulan kejadian itu, kumpulan produksi segera mendapatkan doktor panel di Sri Pentas untuk memeriksa keadaan Roslan.

“Roslan yang sedar dan memberi tindak balas sepanjang tempoh itu didapati mengalami tekanan darah tinggi. Roslan kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dengan ambulans untuk pemeriksaan lanjut,
“Dia dilaporkan stabil selepas menjalani pemeriksaan doktor.
“Malah, pemeriksaan ujian saringan COVID-19 menunjukkan keputusan negatif, sama seperti sehari sebelum Roslan hadir di studio,” kata kenyataan itu, hari ini.
Tidak berkompromi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), TV3 menjelaskan, syarikat amat menitikberatkan keselamatan kru penerbitan dan tetamu undangan.
“Sehubungan itu, kami memastikan setiap tetamu jemputan lengkap dua dos vaksin dan menjalankan ujian saringan RTK sebelum memasuki premis Sri Pentas,” kata kenyataan itu lagi.
Terdahulu, video memaparkan Roslan tiba-tiba jatuh dari kerusi ketika diwawancara pengacara program iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana, tular.
Program yang membawakan topik Si Mulut Tempayan turut menampilkan Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip sebagai panel jemputan.

sUMBER dARI :- Roslan rebah ketika ditemuramah dalam WHI (bharian.com.my)