Kuala Lumpur: Penyanyi Kaka Azraff, 33, selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada tarikh 22 Februari 2022, jam 12.05 tengah malam di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, menzahirkan penghargaan buat suaminya, Adam yang sentiasa bersama menemani disisi ketika berjuang melahirkan cahaya mata kedua mereka.
“Syukur pada Allah SWT yang mana akhirnya saya bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
“Terima kasih kerana menjadi penyokong yang hebat, memberi semangat, motivasi dan ‘doktor’ separuh masa sepanjang tempoh perjalanan ini (kehamilan dan proses bersalin).
“Saya tidak tahu apa akan terjadi tanpa awak. Saya cintakan awak, bapa kepada dua orang anak,” katanya.
Di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi lagu Janjiku ini dan selamat menjalani proses berpantang.
Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018. Mereka sudah dikurniakan anak sulung lelaki, Aslan kini berusia dua tahun.
Kredit: Harian Metro