Tular di media sosial baru-baru ini apabila pihak produksi program nyanyian Big Stage 2022 telah membuat kejutan dengan membawa masuk usahawan dan juga bekas kekasih Dato’ Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli sebagai peserta mereka yang ke-12.

Iqbal dikatakan tidak layak untuk menyertai pentas nyanyian tersebut dan turut mempertikaikan kredibiliti usahawan tersebut sebagai seorang penghibur.

Pihak produksi Big Stage

Enggan mengeruhkan keadaan, pihak produksi yang diwakili oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh tampil memberi penjelasan bahawa pemilihan Iqbal dalam program tersebut adalah selaras dengan kriteria yang ditetapkan oleh mereka.

Jelasnya, Iqbal mempunyai jumlah tontonan video nyanyian yang tinggi di media sosial iaitu sekurangnya 500,000 jumlah tontonan.

Program Big Stage kali ini kita ada kepelbagaian para peserta. Kita ada peserta yang hanya bergantung kepada jumlah tontonan dan kita tahu Big Stage adalah platform untuk mereka tunjukkan bakat yang dimiliki.

Terdahulu, Iqbal yang mula mencipta nama dalam bidang nyanyian menerusi lagu Hujan memaklumkan bahawa dia tidak menolak untuk menarik diri daripada program tersebut namun pihak produksi masih belum menerima kata putus daripada usahawan tersebut.

Kata Norzeha, pihak penerbitan tidak menolak dan menghalang keputusan menarik diri daripada mana-mana peserta Big Stage kerana perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baharu dan pernah terjadi sebelum ini.

Sumber Asal : https://beautifulnara.com/dikecam-hebat-produksi-big-stage-2022-dedah-sebab-iqbal-zulkefli-dipilih-sebagai-peserta-ke-12/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *