Kuala Lumpur: Pengacara Zulin Aziz bakal berkahwin dengan kekasihnya, Farhan Norzaini pada 20 Februari ini. 

Khabar gembira itu dikongsi Zulin, 33, atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz selepas melangsungkan majlis pertunangan dengan Farhan hari ini.

“Alhamdulillah, kami memilih tarikh ijab dan kabul pada 20 Februari ini. 

“Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Menerusi Instagram Story Zulin, dia terlebih dahulu memuat naik foto berinai dan pelamin majlis pertunangan mereka.

Pada majlis itu Zulin dan Farhan mengenakan busana sedondon berona hijau.

Terdahulu Zulin memaklumkan dia sudah mengenali kekasihnya sejak setahun lalu yang juga rakan perniagaannya.

kreadit : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *