Pelakon senior Zainol Johari Macwilson akui berasa teruja apabila dapat bertemu dengan cucu kandungnya, Isaac Raees buat kali pertama selepas dia dilahirkan lebih kurang 10 bulan yang lalu.
Isac Raees yang merupakan anak lelaki pertama kepada Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson kelihatan selesa pertama kali bersemuka dengan datuk kandungnya itu.

Menurut Zinol, 63, pada awalnya dia berasa bimbang sekiranya Isaac akan berasa kurang selesa dengan dirinya memandangkan ini kali pertama dia berkesempatan untuk mendakap cucunya itu.
Pelakon Jimi Asmara itu berkata dia agak risau sebelum ini kerana takut Isaac tidak mahu kedakapannya memandangkan cucunya itu sudah bersemuka dengan bapa tiri Zahirah di Australia dan ayah Aiman di Malaysia.
Perasaan gembira itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada pelakon, Zahirah Macwilson menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen di hantaran tersebut, rata-rata peminat turut berkongsi rasa gembira selain memuji telatah Isaac bersama datuknya yang kelihatan mesra bersama.
Sumber : Pertama Kali Jumpa Cucu Sejak Dilahirkan, Zainol Macwilson Luah Rasa Sebak (beautifulnara.com)