KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon Ashraf Muslim, Muslim Bulat, 67, menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19 kategori 5B, selepas lapan hari bertarung nyawa di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, jam 6.37 pagi ini.
Berita pemergian Allahyarham Muslim dikongsi Ashraf menerusi Instagram (IG) dan Facebook (FB), bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai pemergian arwah bapanya.
“Hari ini menjadi hari paling sedih, ayah sudah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.
“Saya sebagai anak sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah yang pernah dilakukan sewaktu masih hidup.
“Kalau ada hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya,” tulisnya.https://d5e20226d059c46f7ee1d313da534f48.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Terdahulu, Ashraf memaklumkan bapanya sedang dirawat dalam intubasi dengan dibantu mesin pernafasan di unit rawatan separa kritikal di PPUM pada 20 September lalu.
Pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa memohon doa ramai supaya mempermudahkan urusan arwah bapanya.
“Sama-sama kita doakan arwah ayah ditempatkan di tempat yang istimewa di alam baru bersama mereka yang beriman. Insya-Allah,” katanya.
Kredit: Berita Harian