Pelakon Malek Mccrone selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya yang hanya mahu dikenali sebagai Tina dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 9 Oktober lalu.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana dan intim dengan kehadiran ahli keluarga serta teman rapat.

Majlis Persandingan Diadakan Sehari Selepas Akad Nikah

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pengurusnya, Stars Powerhouse Entertainment, majlis persandingan Malek dan Tina pula berlangsung pada 10 Oktober di lokasi yang sama.

malek
m
Malek memilih untuk mengekalkan privasi sepanjang majlis perkahwinannya dan tidak berkongsi banyak perincian mengenai hari bahagianya itu.

Tina yang bukan daripada kalangan industri hiburan kini secara rasmi bergelar isteri kepada pelakon berkenaan.

Mohon Doa Buat Rumah Tangga

Dalam pada itu, Malek dan isterinya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doa buat mereka.

“Malek dan Tina merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doa buat kami.

“Kami berharap agar perkahwinan ini sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan,” menurut kenyataan itu.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *