Cef selebriti, Datuk Chef Wan tampil menyuarakan pandangan terhadap persalinan kontinjen Malaysia pada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo di Jepun kelmarin.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, beliau melabelkan persalinan yang berkonsepkan pakaian tradisional Melayu itu serabut atau cacamarba serta kelihatan seperti badut.

“Di sini (gambar) nampak not bad tetapi semalam for the opening it look messy so cacamarba my first impression was ‘La tak menarik langsung?’
“OMG my mind said… why are they dressed like clown… kuning, merah those geometrical all over, semak! Tailoring work pun nampak tidak kemas and does look cheap looking,” katanya.

Pemilik nama Redzuawan Ismail itu berkata, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dimana boleh juga mengetengahkan baju tradisi kaum lain apatah lagi acara tersebut hanya berlangsung lima tahun sekali.

Selain itu, beliau juga berharap agar pereka berpengalaman dan berpengetahuan tampil menghasilkan persalinan seperti itu dan dinilai atau diundi sendiri oleh rakyat Malaysia sebelum ‘dipersembahkan’ di mata dunia.

KREADIT : OHMYMEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *