Penyanyi dan pelakon, Betty Banafe meluahkan rasa kesal terhadap keadaan anak lelakinya, Bruce Dean Dargus yang didakwa mengalami gangguan emosi dan depresi, terutama setiap kali pulang daripada rumah atuk dan nenek serta bertemu bekas suaminya, Dargus.
Menerusi video dimuat naik di Instagram, Betty atau nama penuhnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berkongsi situasi tersebut sambil mendakwa wujud unsur hasutan yang memberi kesan kepada emosi anaknya.
“Perkara begini sudah berulang kali berlaku. Report polis atas hasutan dan mental health anak sudah berkali kali. Aduan ke mahkamah juga sudah di buat.”
“Kami turun naik hospital untuk bertemu dengan doktor psikologi dan psychiatrist di hospital KL pon dah berkali kali untuk julia dan Dean. Anak anak ni mengalami gangguan emosi dan depresi yang teruk.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen serta rakan selebriti meluahkan rasa simpati dan mendoakan kesejahteraan anak-anak Betty.
“Allah, kesian Betty. Paham, Betty kuat semoga anak akan faham, InsyaAllah, semoga dapat pujuk, dapat borak.” kata Sharifah Shahirah.”
Untuk rekod, Betty pernah mendirikan rumah tangga dengan Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum sah bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.