Perkongsian sebuah video memaparkan usahawan dan selebriti media sosial, Noor Nabila ketika berada di Bali baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok milik seorang pemandu pelancong di Bali yang menyambut ketibaan Noor Nabila bersama seorang lelaki dipercayai pasangannya.

@ekowbali

Welcome to Bali Mrs. Noor Nabila from Malaysia. Thank you so much for using our service during your holiday in Bali. Hope you had wondelfull vacation with us and hope to meet you again. Bali Shandi Tours – Smart Way to Enjoy Bali #lelakikekuningkuningan #noornabila #supirbali #sewasupirbali #supirmuslimbali @Supir Bali @Bali Muslim Tours @Shuttle Airport Bali

♬ 여전히 난 괜찮다…HNS1 – HAEVINI
Namun, apa yang membuatkan ramai mula tertanya-tanya adalah kapsyen yang ditulis pemilik akaun berkenaan apabila merujuk kedatangan Noor Nabila bersama ‘suami’ dari Malaysia.





Perkataan itu sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen, malah ada yang mula membuat spekulasi bahawa Noor Nabila mungkin sudah mendirikan rumah tangga secara senyap.
ad
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa pasangan itu sebenarnya sudah lama bernikah, namun memilih untuk tidak berkongsi perkara tersebut kepada umum.

Netizen dakwa sudah lama bernikah?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terkejut dengan perkongsian tersebut, namun dalam masa sama tetap menitipkan ucapan tahniah sekiranya dakwaan itu benar.

Bagaimanapun, sehingga kini Noor Nabila masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan dan spekulasi yang sedang tular itu.

Terdahulu, kehidupan peribadi Noor Nabila sememangnya sering menjadi perhatian ramai, terutama melibatkan soal hubungan dan pasangan hidupnya.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *