Pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann, kini giat meninjau beberapa kediaman sewa di London, United Kingdom selepas membuat keputusan untuk berpindah sementara ke sana.
Menurut Janna, atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, urusan menyewa rumah di UK tidak semudah yang disangka kerana terdapat syarat ketat yang perlu dipatuhi.
Namun, apa yang paling mencuri perhatian ialah kadar sewa rumah di kawasan berkenaan yang mencecah antara RM15,000 hingga RM17,000 sebulan.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan jumlahnya dan mula memahami mengapa rata-rata pelajar Malaysia di sana memilih untuk berkongsi dengan beberapa orang serumah.
Terdahulu, pelakon filem ‘Jemputan Dari Neraka’ itu memaklumkan dia dan suami akan menetap sementara di luar negara bagi menyambung pengajian.
Source :