Baru-baru ini, tular di platform TikTok memaparkan keakraban anak-anak pelakon serta penyanyi, Bella Astillah bersama ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang telah menarik perhatian ramai.

Nak kurangkan anak bertemu Syed Saddiq

Susulan itu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata di dalam satu video bahawa dia mahu mengurangkan anak perempuannya, Ara Adreanna bertemu dengan Syed Saddiq kerana merasakan anaknya terlalu manja apabila bersama.

Sebab dia (Ara) kalau jumpa YB je mesti minta nak peluk. Nak angkat-angkat orang penat, manja sangat.

@barrerys_

manja kali ara tempuyut ini, ndak boleh suda bah pisahkan ara sama papa saddiq 😆 #bellaastillah #syedsaddiq #araadreanna #fyp #foryou

♬ original sound – syaaa – syaaa

Syed Saddiq tak setuju, netizen doa disatukan suatu hari nanti

Bagaimanapun, sewaktu Bella menyatakan ‘hasratnya’ itu, Syed Saddiq kurang bersetuju dan tidak kisah sekiranya perlu melayani anak-anak penyanyi terbabit.

Kenapa perlu kurangkan, salah ke?

Susulan video tersebut telah tular, rata-rata netizen gembira melihat hubungan kedua-dua belah pihak dan mendoakan agar mereka berjodoh suatu hari nanti.

komen

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *