Kuala Lumpur: “Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat. Yang baik itu ramai, yang kejam itu terlalu kejam.”

Ini yang dimuat naik penyanyi, Shila Amzah, 35, di Insta Story mengenai layanan baik suaminya, Ubai, 27, terhadap anak lelaki Shila, Seth Uwais hasil perkahwinan pertamanya.

Katanya, layanan baik yang diberikan Ubai terhadap Seth membuang segala stigma negatif masyarakat mengenai bapa tiri.

Shila turut menzahirkan ucapan terima kasih untuk setiap perkara yang dilakukan suaminya sepanjang tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

Shila berkata, Ubai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik tanpa pernah merendahkan martabat seorang isteri.PauseNextMuteCurrent Time 0:08/Duration 2:19Loaded: 34.42%Fullscreen

“Terima kasih menjadi suami yang hebat, selalu betulkan saya seandainya lakukan kesalahan.

“Terima kasih kerana tidak perlu takutkan saya kerana saling menghormati,” katanya dalam InstaStory.

Shila berkahwin dengan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zukfelfi pada 5 Ogos 2023.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.

Sebelum itu, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pertamanya, Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022, selepas empat tahun berkahwin.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *