Kuala Lumpur: Pelakon dan model, Cara Delevingne, 33, kini berada di Malaysia untuk misi kempen selamatkan harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan.

Delevigne berkongsi lawatannya ke pelbagai lokasi di mana dia menyertai beberapa aktiviti termasuk melawat hutan serta persembahan tarian tradisional.https://922884180cec00c70566229a287616b1.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-44/html/container.html

“Dengan hanya 150 ekor harimau Malaya liar di dalam hutan Malaysia, kita mesti melakukan segala yang kita mampu untuk memulihkan dan memulihara populasi yang semakin berkurangan.

“Pemburu haram kini menjadi pemangsa paling utama di hutan ini, hutan yang berusia 130 juta tahun. Kita mesti menyebarkan kesedaran perkara ini dan jangan biarkan harimau Malaya hilang selama-lamanya.

“Harimau liar boleh bangkit semula, jika kita tidak mengganggu mereka,” katanya.ADVERTISEMENT

Kunjungannya itu ternyata mengujakan netizen tempatan dan dialu-alukan di sini. Dia turut dipuji kerana usahanya memperjuangkan tujuan murni itu.

“Selamat datang ke Malaysia. Terima kasih kerana menyebabkan kesedaran menyelamatkan Harimau Malaya. Datanglah ke Kuching, Sarawak pula. Di sini ada Orang Utan,” antara komen netizen.

Selain Delevingne, pelakon, Jaime Winstone dilihat turut sama menyertai kempen itu. Mereka melawat Taman Negara serta mengembara menaiki kereta api Eastern Oriental Express.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *